Tentang kami

Latarbelakang Pertubuhan

Di daftarkan pada 2017 dan merupakan pertubuhan pekerja islam anggota kerja TNB Wilayah Persekutuan dan Selangor seperti termaktub dalam undang-undang pertubuhan. Persatuan ini merupakan pertubuhan NGO yang mewakili TNB untuk menjalankan aktiviti bersama masyarakat dan pengguna TNB.

Kelebihan Menyertai Pertubuhan

Lebih dekat bersama dengan masyarakat dan keluarga anggotakerja TNB dalam melaksanakan aktiviti kemasyarakatan.

  • Website Rasmi: www.pkpiwilayah.com.my
  • No. Telefon: +603 229 66261
  • No. Faks: +603 228 27326
  • Cawangan: Wilayah Persekutuan & Selangor

Misi dan Visi

Misi Pertubuhan

Kami beriltizam untuk melahirkan insan bertaqwa secara harmoni dan profesional.

Visi Pertubuhan

Untuk menjadi sebuah persatuan yang terunggul di negara dalam menjaga kebajikan ahlinya dan melaksanakan kegiatannya.

Objektif Persatuan

  • Mewujudkan perpaduan pemikiran, tindakan dan aktiviti di kalangan Ahli ke arah satu budaya korporat yang bercirikan islam.
  • Memegang, memiliki dan menguruskan harta, saham atau bangunan yang tidak bertentangan dengan syariat islam yang boleh menjana dan menjadi punca kewangan untuk kebaikan dan kemudahan ahli.
  • Tidak menjalankan atau melibatkan diri dalam apa-apa aktiviti atau urusan yang bertentangan dengan syariat islam untuk kebaikan ahli.
  • Membantu meningkatkan prestasi kerjaya ahli selaras dengan kehendak dan tuntutan Islam.
  • Memperbanyakkan lagi pemberian dan faedah-faedah kepada ahli.
  • Memberi bantuan pelajaran kepada ahli atau tanggungan mereka dengan cara bantuan wang atau tenaga yang akan diluluskan oleh Majlis.
  • Menerbitkan majalah-majalah dan/atau risalah-risalah untuk kepentingan Persatuan Kebajikan Pekerja Islam Tenaga Nasional Wilayah Persekutuan dan Selangor dan Ahli dengan kebenaran terlebih dahulu dari pihak berkuasa yang berkenaan.
  • Menggalakkan rasa persefahaman dan menjalin muhibbah dikalangan pekerja TNB.
  • Menjalankan lain-lain aktiviti keagamaan dalam usaha menerapkan nilai-nilai murni yang tidak bercanggah dengan peraturan-peraturan dan kepentingan TNB.

Pendaftaran Keahlian

Apakah Syaratnya?

Syarat-Syarat Keahlian

  • Keahlian adalah terbuka kepada semua kakitangan Tenaga Nasional Berhad yang beragama Islam meliputi pejabat-pejabat TNB di kawasan Wilayah Persekutuan dan Selangor.
  • Tiap-tiap permohonan menjadi ahli hendaklah dihantar kepada Setiausaha untuk kelulusan. Jawatankuasa boleh mengikut budibicaranya menolak sebarang permohonan tanpa memberi sebarang sebab.
  • Tiap-tiap pemohon yang permohonannya telah diluluskan seperti yang tersebut di atas, hendaklah membayar yuran bayaran masuk dan yuran bulanan pertama seperti yang ditetapkan diterima menjadi ahli Persatuan dan berhaklah ia sebagai ahli.

Ahli Biasa

Ahli Pengurusan TNB

Ahli Seumur Hidup

Tidak Aktif

Portfolio

LIMA Lajnah

SEKOM

Lajnah Sebaran Komunikasi dan Media Kreatif (SEKOM)

  • Memantau aktiviti-aktiviti yang dirancang dan dilaksanakan.
  • Memaklumkan berita terkini dan menguruskan semua maklumat.
  • Memastikan semua dokumen rasmi diuruskan dengan efisyen.
  • Menguruskan aktiviti Lajnah dengan kaedah paling efektif.
  • Membantu setiap aktiviti yang dilaksanakan oleh lajnah lain mencapai matlamat yang diperlukan.

Antara Aktiviti :
Buletin An-Nur,Kerja-Kerja Pelarasan Akta, Takwim dan Kemaskini Laman Web



TOYYIB

Lajnah Tarbiah dan Dakwah (TOYYIB)

  • Melaksanakan aktiviti-aktiviti yang membimbing kerohanian setiap ahli.
  • Menyokong setiap program dalam bentuk kesederhanaan berkonsepkan keislaman.
  • Mengatur dan menguruskan semua aktiviti bercorak keilmuan yang menguntungkan semua ahli.

Antara Aktiviti :
Pengajian Ilmu Agama, Ziarah Silaturrahim, Ceramah Khas, Majlis IFTAR, Lawatan Muhibbah, Majlis Meraikan Pesara HELWA

REAKTIF

Lajnah Riadah dan Rehlah Aktif (REAKTIF)

  • Berperanan mewujudkan aktiviti riadah yang sihat dan berbentuk islamik.
  • Merancang dan melaksanakan aktiviti kekeluargaan sesama ummah demi ahli PKPI.
  • Membawa ahli menikmati rahlah secara sihat dari sudut jiwa, ilmiah dan kerohanian.
Antara Aktiviti :
Khatan Perdana, Program Bowling (Persaudaraan), Kembara Ilmiah Padang



KEBAJIKAN

Lajnah Pengurusan Faedah dan Kebajikan Ahli (KEBAJIKAN)

  • Berperanan menguruskan segala hal ehwal kebajikan setiap ahli.
  • Mengadakan ziarah dan lawatan serta menyampaikan sumbangan berbentuk hamper dan hadiah kepada ahli yang memerlukan.
  • Merancang, mengurus dan melaksanakan aktiviti bercorak ganjaran dan kebajikan untuk ahli yang layak.
Antara Aktiviti :
Anugerah Cemerlang, Sumbangan Kepada Ahli Memerlukan, Program Outreach, Program Bersama Alumni KIK Meraikan Anak YAtim, Ibadah Qurban/Aqiqah, Majlis Sambutan Raya, Majlis Meraikan Bakal Haji.



HELWA

Lajnah Hal Ehwal Wanita (HELWA)

  • Berperanan menjaga kebajikan dan melaksanakan aktiviti yang bersesuaian bagi muslimah.
  • Membantu lajnah lain dalam aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan terutamanya yang melibatkan penglibatan muslimah.
  • Membantu dalam urusan sumbangan dan pembiayaan yang melibatkan hal ehwal wanita.
Antara Aktiviti :
Pengajian Ilmu Agama, Ziarah Silaturrahim, Ceramah Khas, Majlis IFTAR, Lawatan Muhibbah, Majlis meraikan pesara HELWA

Klik
PERSATUAN KEBAJIKAN PEKERJA ISLAM
TENAGA NASIONAL

PERSOALAN & PERMASALAHAN WANITA SEMASA HAJI & UMRAH

Tarikh: 17 November 2023 bersamaan 3 Jamadillawal 1445H (Jumaat)

Masa: 12.30 tengah hari - 2.00 petang
Platform: Atas Talian Webex
Speaker Jemputan: Ustazah Yusnah Binti Yusuf
Link: https://tinyurl.com/ceramahumumwanita

Anugerah kecemerlangan pelajar 2022 akan diadakan dalam masa terdekat.Sehubungun dengan itu, ahli dan anak ahli yang layak diminta untuk menghantar transkrip keputusan peperiksaan ke email PKPI WP Kuala Lumpur dan Selangor - PKPI_WPKL&[email protected]. Berikut adalah ketegori dan keputusan yang layak untuk dipertimbangkan:- Sekolah Rendah 1. Penilaian Sekolah Rendah Agama (Selangor) - Mumtaz 2. Ujian Pencapaian Sekolah Rendah Agama (Kuala Lumpur) - 7A Sekolah Menengah 1. Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), O level, IGCSE ? 5A dan keatas dengan syarat mendapat A dalam Pendidikan Islam 2. Sijil Menengah Agama (SMA) - Mumtaz dan Jayyid Jiddan 3. Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) - Mumtaz dan Jayyid Jiddan 4. Sijil Tinggi Pelajaran Malaysian (STPM), A- Level, Pra U, Asasi dan setaraf dengannya ? CGPA 3.5 dan ke atas. Tahfiz 1. 10 Juzuk 2. 20 Juzuk 3. 30 Juzuk Lain-lain 1. Diploma dan Ijazah (ahli yang melanjutkan pelajaran sahaja) ? CGPA 3.5 dan ke atas 2. Mewakili sekolah di peringkat daerah / memenangi pertandingan yang dianjurkan oleh badan-badan kerajaan atau swasta dalam bidang akademik, sukan dan ko-kurikulum ? sertakan salinan sijil. Tarikh akhir penghantaran permohonan adalah sebelum 5:00 petang 22 November 2023. Sebarang pertanyaan boleh email ke:-

1. PKPI WPKL dan Selangor : PKPI_WPKL&[email protected]

2. Fadilah Md Saat : [email protected]

3. Abdul Mu'az b. Abd. Ghani : abdul.mu'[email protected]

Aktiviti Keseluruhan

Aktiviti Keseluruhan Tahun 2025

Aktiviti Bulan JUN

AKTIVITI SEMASA

Log Masuk

Daftar Masuk Disini

Loading
Your message has been sent. Thank you!
Copyright
PKPI WIlayah & Selangor